Pandai
Pertandingan Akademik

Beaver ComputationalThinking Competition

Bersedia untuk peperiksaan& pertandingan!

Beaver Computational Thinking Competition Brunei

Yuran Pendaftaran

Pendaftaran Persendirian

$25

1 Pertandingan

Pendaftaran Sekolah

$20

1 Pertandingan

Pengenalan Beaver Computational Thinking Competition

Beaver Computational Thinking Competition (atau Bebras) ialah pertandingan dalam talian yang merupakan sebahagian daripada usaha International Bebras. Pertandingan Bebras ditubuhkan di Lithuania, dan perkataan Bebras bermaksud Beaver dalam bahasa Lithuania. Sehingga 2023, lebih 3 juta murid dari lebih 59 buah negara menyertai Beaver di seluruh dunia setiap tahun

Objektif Kami

  • Memupuk kreativiti, budaya maklumat, serta pemikiran algoritma dan komputasional dalam kalangan murid
  • Memudahkan pemahaman yang lebih mendalam tentang teknologi maklumat
  • Menunjukkan kepada murid kelebihan teknologi maklumat yang membantu pembelajaran pelbagai mata pelajaran
  • Menyelesaikan masalah melalui pemikiran komputasional menggunakan penyelesaian berasaskan komputer
  • Menyediakan murid dengan asas yang kukuh sebagai persediaan untuk pekerjaan ekonomi digital pada masa hadapan

Apakah itu Pemikiran Komputasional?

Pemikiran komputasional ialah proses pemikiran yang membolehkan seseorang memecahkan masalah dan merangka penyelesaian seperti cara komputer "berfikir". Ia memperkenalkan konsep asas informatik dan sains komputer. Ia melibatkan proses penyelesaian masalah yang merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) ciri-ciri berikut

  • Merumuskan masalah dengan cara yang membolehkan kita menggunakan komputer dan alat lain untuk membantu menyelesaikannya.
  • Menyusun dan menganalisis data secara logik
  • Mewakilkan data melalui abstraksi seperti simulasi
  • Penyelesaian automasi melalui pemikiran algoritma (satu siri langkah)
  • Menganalisis dan melaksanakan penyelesaian yang mungkin bagi mencapai gabungan langkah dan sumber yang paling berkesan

Sekilas Pandang Pertandingan

Kami akan mengadakan hari anugerah pertandingan antarabangsa untuk semua pemenang kami!

Beaver Computational Thinking Competition Brunei 1Beaver Computational Thinking Competition Brunei 2Beaver Computational Thinking Competition Brunei 3Beaver Computational Thinking Competition Brunei 4Beaver Computational Thinking Competition Brunei 5Beaver Computational Thinking Competition Brunei 6

Kategori Pertandingan

Pre-Ecolier
Ecolier
Benjamin
Tahun 1Tahun 2
Tahun 3Tahun 4
Tahun 5Tahun 6
Cadet
Junior
Senior
Tahun 7Tahun 8
Tahun 9Tahun 10Tahun 11
Tahun 12Tahun 12 +

Murid perlu didaftarkan ke dalam kategori di atas, mengikut tahun akademik mereka pada 2024/2025

Manfaat untuk Murid

Meningkatkan pengetahuan murid dalam Sains

Mendedahkan murid kepada soalan pemikiran kritis dan sains yang berkaitan kehidupan seharian

Format Pertandingan

Di mana ia akan diadakan?

Pertandingan akan diadakan dalam talian dan dikendalikan oleh penganjur yang berkenaan.

Format Soalan

Dalam talian (Setiap murid akan diberikan nama pengguna & kata laluan)

Pertandingan akan diadakan dalam Bahasa Inggeris.

15 soalan aneka pilihan & interaktif

Tempoh peperiksaan ialah 45 minit.

Peraturan & Undang-undang

Setiap murid mesti mempunyai kamera web yang berfungsi dan sentiasa dihidupkan semasa menduduki peperiksaan.

Peranti seperti komputer riba, PC, iPad/tablet berkamera dibenarkan digunakan semasa pertandingan.

Penguatkuasaan

Sekolah bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan pertandingan

Peserta amat digalakkan menduduki pertandingan secara serentak. Namun, pegawai bertanggungjawab boleh mengaturkan peserta melakukannya secara berkumpulan sekiranya terdapat sebarang halangan.

Anugerah & Sijil

Setiap murid yang menyertai akan menerima sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh International Contest Board & Country Contest Board

Pembahagian Pencapaian Beaver

TOP 10% Penerima Anugerah Emas, Perak & Gangsa

NEXT 40% Penerima Anugerah Honorable Mention

NEXT 50% Sijil Penyertaan

Langkah Pendaftaran

Ikuti semua langkah di bawah bagi memastikan pendaftaran anda diterima dengan lengkap!

Peserta Baharu
  1. 1. Daftarkan minat dan maklumat anda dengan mengklik butang di bawah

  2. 2. Semak e-mel berdaftar anda untuk kata laluan & kelayakan yang diperlukan sebelum log masuk

  3. 3. Log masuk ke akaun contest hub anda

  4. 4. Kemas kini profil anda dengan maklumat terkini

  5. 5. Menambah pilihan pertandingan

    Ini boleh dilakukan dengan mengklik butang "Add Contest". Pilih pertandingan anda.

  6. 6. Menambah Peserta & Maklumat

    Untuk membolehkan kami mengenal pasti bilangan peserta bagi setiap pendaftaran serta maklumat mereka, gunakan butang "Add Participants".

  7. 7. Bagi pendaftaran pukal, anda boleh memuat turun format yang disediakan dalam sistem. Pastikan maklumat setiap peserta diisi dengan lengkap berserta alamat e-mel PIC masing-masing sebelum memuat naik dokumen.

  8. 8. Setelah semuanya lengkap, anda boleh meneruskan pilihan pembayaran melalui Baiduri Transfer.

  9. 9. Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar untuk pertandingan ini!

Peserta Berulang
  1. 1. Selamat kembali!

    Bagi peserta berulang, anda boleh terus menambah pertandingan dan memilih yang mempunyai catatan (RETURNING) dalam senarai pertandingan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran, anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp atau terus menelefon kami!

Soalan Lazim

Untuk Guru
Untuk Ibu Bapa

Sertai Pandai Sekarang. Jangan Ketinggalan!

Jangan ketinggalan.

Lebih daripada 1,007,340 pelajar sedang belajar sesuatu yang baru dengan Pandai setiap hari.